Pernah suatu ketika kurasakan seperti dicabut nyawa
Mata mungkin dapat menipu
Tapi hati yang merasa bagai dipukul bertalu-talu
Tak pernah jari ini menuding
Kerana aku tahu fikiranku tidak waras pada ketika itu
Bahagia dunia yang kuanggap raja
Walaupun kenyataannya aku sedar hanya sementara
Kebodohan memberi pengalaman
Sejuta auta dirasa bagai cinta
Langit hitam kulihat bagai berwarna
Nafas yang dihela umpama wangian syurga
Buta..
Aku sangat buta dalam menilai cinta
Kini sudah tiada rasa
Yang tinggal hanya titik-titik hitam dalam jiwa
Tanda hati ini pernah derita